Rabu, 23 Mei 2012

INFORMASI

 Fakta Umum....

Malaysia merupakan salah sebuah daripada 20 negara perdagangan terbesar di dunia dan merupakan salah sebuah pembekal terbesar dunia bagi barang-barang seperti produk berasaskan getah, produk berasaskan kelapa sawit, produk berasaskan kayu, produk elektronik dan ICT, produk automotif, tekstil, buah-buahan dan makanan, dan produk-produk petrokimia.

Aktiviti-aktiviti perdagangan dan e-dagang dikenalpasti dalam Rancangan Malaysia Ke-9 sebagai salah satu sektor penting bagi pertumbuhan ekonomi negara.

Klik di sini untuk merujuk kepada teks lengkap Rancangan Malaysia Ke-9 – Bab 9 yang menegaskan kepentingan memesatkan perdagangan beragihan.

Usaha-usaha pembangunan dalam sektor perdagangan akan terus diterajui olehKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Prestasi Perdagangan : Februari 2012 dan Januari – Februari 2012

Eksport Mengukuh pada Februari 2012
Eksport pada Februari 2012 mencatatkan pertumbuhan dua angka sebanyak 14.5% kepada RM56.87 bilion. Eksport meningkat sebanyak RM7.22 bilion berbanding RM49.65 bilion pada Februari 2011. Import meningkat 18% kepada RM46.29 bilion manakala jumlah perdagangan mengembang 16.1% kepada RM103.15 bilion berbanding Februari 2011.
Pertumbuhan positif dalam eksport dicatatkan bagi semua sektor pada bulan Februari 2012 berbanding Februari 2011. Eksport barangan perkilangan, meningkat sebanyak RM3.92 bilion, barangan galian, RM2.71 bilion dan barangan pertanian, RM450 juta.
Barangan eksport utama adalah seperti berikut:
• Barangan elektrik dan elektronik meningkat 7.8% kepada RM18.6 bilion, disumbangkan terutamanya oleh peningkatan eksport unit penstoran mesin pemprosesan data automatik serta kelengkapan dan peralatan telekomunikasi;
• Gas asli cecair (↑36.1% kepada RM4.57 bilion);
• Minyak sawit (↑7.9% kepada RM4.5 bilion);
• Kimia dan bahan kimia (↑10.2% kepada RM4.08 bilion); dan
• Petroleum mentah (↑48.3% kepada RM3.53 bilion).
Barangan lain yang mencatatkan peningkatan yang ketara dalam eksport adalah jentera, perkakasan dan peralatan, (↑35.9%), barangan getah, (↑25.8%), barangan kayu, (↑35.2%) dan barangan makanan, (↑23.1%).
Prestasi eksport Malaysia pada Februari 2012 adalah setanding dengan negara-negara lain di rantau ini yang turut mencatatkan pertumbuhan dua angka, iaitu Singapura, Republik Korea (ROK), Republik Rakyat China (RRC), Hong Kong SAR dan Taiwan.

Mengenai MATRADE

Visi

Menempatkan Malaysia sebagai Negara Perdagangan Global yang Kompetitif

Misi

Mempromosikan Enterpris Malaysia ke Pasaran Dunia
Misi MATRADE adalah untuk membangun dan menggalakkan eksport Malaysia ke dunia dan fungsi-fungsinya adalah:
  • Untuk mempromosi, membantu dan membangunkan perdagangan luar Malaysia dengan memberi penekanan ke atas eksport produk perkilangan dan separa kilang serta menjalankan import secara terpilih;
  • Untuk merangka dan melaksanakan satu strategi pemasaran eksport negara bagi menggalakkan eksport produk terkilang dan separa kilang;
  • Untuk menjalankan perisikan komersial dan penyelidikan pasaran serta mewujudkan satu pangkalan data maklumat yang komprehensif bagi peningkatan dan pembangunan perdagangan;
  • Untuk mengelolakan program-program latihan bagi meningkatkan kemahiran pengeksport Malaysia dalam pemasaran antarabangsa;
  • Untuk meningkatkan dan melindungi kepentingan-kepentingan perdagangan antarabangsa Malaysia di luar negara;
  • Untuk mewakili Malaysia di mana-mana forum antarabangsa yang berkaitan dengan perdagangan;
  • Untuk membangun, mempromosi, memudahkan dan membantu dalam perkhidmatan yang berkaitan dengan perdagangan; dan
  • Untuk menasihati Kerajaan tentang perkara-perkara yang mempengaruhi atau sebarang cara yang berkaitan dengan perdagangan dan bertindak sebagai ejen kepada Kerajaan atau seseorang individu, badan atau organisasi mengenai perkara tersebut.

Objektif

Objektif-objektif MATRADE adalah:
  • Untuk menaikkan profil pengeksport Malaysia di pasaran luar negara;
  • Untuk menyebarkan maklumat dan risikan pasaran yang terkini dan relevan supaya syarikat-syarikat Malaysia mampu bersaing dalam pasaran asing;
  • Untuk memperkenalkan syarikat-syarikat Malaysia kepada pengimport asing yang mencari pembekal dari Malaysia; dan
  • Untuk menjalankan aktiviti-aktiviti mempromosi barangan eksport dan perkhidmatan Malaysia ke pasaran luar negara.
MATRADE juga terlibat secara aktif dalam membantu syarikat-syarikat asing untuk menemukan dengan pembekal produk dan perkhidmatan Malaysia, yang diwakili melalui 40 pejabat perdagangan di seluruh dunia yang terletak di bandar-bandar komersil utama. Di Malaysia, MATRADE mempunyai lima cawangan tempatan iaitu di Pulau Pinang, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak.

Sabtu, 19 Mei 2012

MOTIVASI


BERHENTILAH JADI GELAS
Seorang guru sufi mendatangi seorang muridnya ketika wajahnya kebelakangan ini selalu nampak murung dan sedih.
“Kenapa kau selalu murung dan sedih nak? Bukankah banyak hal yang indah di dunia ini? Ke mana perginya wajah bersyukurmu?” Si Guru bertanya.
“Guru, kebelakangan ini hidup saya penuh dengan masalah. Sukar bagi saya untuk tersenyum. Masalah datang seperti tiada akhirnya” jawab si murid muda.
Si Guru tersenyum. “Nak, ambil segelas air dan dua genggam garam, Bawalah kemari. Biar ku perbaiki suasana hatimu itu.”
Si murid pun beranjak perlahan tanpa semangat. Ia laksanakan permintaan gurunya itu, lalu kembali lagi membawa segelas air dan dua gengam garam sebagaimana yang diminta.
“Cuba ambil segenggam garam, dan masukkan ke segelas air itu, setelah itu cuba kau minum airnya sedikit” kata Si Guru.
Si murid pun melakukannya. Wajahnya kini meringis kerana meminum air yang sangat masin.
“Bagaimana rasanya?” Tanya Si Guru.
“Masin, dan perutku jadi mual,” jawab si murid dengan wajah yang masih meringis.
Si Guru tersenyum sekali lagi apabila melihat wajah muridnya yang meringis kemasinan.
“Sekarang kau ikut aku.” Si Guru membawa muridnya ke danau berhampiran tempat mereka. “Ambil garam yang segenggam lagi, dan tebarkan ke danau”
Si murid menebarkan segenggam garam yang tersisa ke danau, tanpa bicara. Rasa masin di mulutnya belum hilang. Ia ingin meludahkan rasa masin dari mulutnya, tapi tak dilakukannya. Rasanya kurang sopan meludah di hadapan gurunya itu, Begitulah fikirnya.
“Sekarang, cuba kau minum air danau itu,” kata Si Guru sambil mencari batu yang cukup datar untuk didudukinya, bersebelahan pinggir danau.
Si murid menangkupkan kedua tangannya, mengambil air danau, dan membawanya ke mulutnya lalu meneguknya. Ketika air danau yang dingin dan segar mengalir di tekakkannya,
Si Guru bertanya, “Bagaimana rasanya nak?”
“Segar, segar sekali Guru” kata si murid sambil mengelap bibirnya dengan tangannya. Tentu saja, danau ini berasal dari aliran sumber air di atas sana. Dan airnya mengalir menjadi sungai kecil di bawah. Dan sudah pasti, air danau ini juga menghilangkan rasa masin yang tersisa di mulutnya.
“Terasakah rasa garam yang kau tebarkan tadi?”
“Tidak sama sekali,” kata si murid sambil mengambil air dan meminumnya lagi. Si Guru hanya tersenyum memperhatikannya, membiarkan muridnya itu meminum air danau tersebut sampai sepuas-puasnya.
“Nak,” kata Si Guru setelah muridnya selesai minum. “Segala masalah dalam hidup itu seperti segenggam garam. Tidak kurang, tidak lebih. Hanya segenggam garam. Banyaknya masalah dan penderitaan yang harus kau alami sepanjang kehidupanmu itu sudah dikadarkan oleh Allah, sesuai untuk dirimu. Jumlahnya tetap sebegitu, Sebegitu, sebegitulah ia, tidak berkurang, tidak bertambah. Setiap manusia yang lahir ke dunia ini pun demikian. Tidak ada satu pun manusia, walaupun dia seorang Nabi, yang bebas dari penderitaan dan masalah.”
Si murid terdiam, mendengarkan.
“Tapi Nak, rasa `masin’ dari penderitaan yang dialami itu sangat bergantung dari besarnya ‘qalbu’(hati) yang menampungnya. Jadi Nak, supaya tidak terasa menderita, berhentilah jadi gelas. Jadikanlah qalbu dalam dadamu itu sebesar danau”

TEKNIK MENJAWAB SOALAN


TEKNIK MENJAWAB SOALAN PERDAGANGAN

TEKNIK MENJAWAB SOALAN PERDAGANGAN KERTAS SATU (OBJEKTIF) 3755/1
A. PENGENALAN
Kertas satu mempunyai 40 soalan
Masa yang diperuntukkan 1 Jam 15 minit
Kertas ini menyumbangkan 40% markah keseluruhan matapelajaran perdagangan
Oleh itu, satu soalan betul menyumbangkan 1 markah mutlak. (40soalan = 40 markah)
Untuk skor A1, pelajar mesti membaca kehendak soalan-soalan objektif dengan teliti dan jangan ambil mudah kerana satu markah itu amat penting.
B. PEMILIHAN JAWAPAN
* Setiap soalan objektif diikuti oleh 4 pelengkap
* Hanya satu jawapan yang betul dan tiga yang lain distraktor.
* Terdapat dua cara untuk menjawab bentuk soalan ini:-
a. Mencari jawapan yang betul dan mengabaikan tiga distraktor
b. Menganalisa semua alternatif dan menolak setiap distraktor sehingga mendapat jawapan yang betul.
C. APAKAH YANG DIKEHENDAKI OLEH PEMERIKSA
* Soalan objektif menguji berbagai-bagai kemahiran dan kebolehan pelajar seperti
· mengingat kembali
· mengira
· mengidentifikasi
· mencari persamaan
· mengaplikasi
· mencari perbezaan
· mendeduksi
· membuat perbandingan
· menginterpretasi
* Anda boleh menjawab soalan dengan memahami fakta-fakta penting pada setiap topik atau menggunakan formula untuk membiasakan diri untuk menjawab pengiraan.
Pelajar dibenarkan membawa kalkulator (mesin kira) ke dalam dewan peperiksaan.
D. PANDUAN MENJAWAB SOALAN
1. Cuba jawab semua soalan dan tinggalkan soalan yang sukar dijawab kerana anda akan membuang masa jika mengambil masa yang lama.
2. Bulatkan nombor-nombor soalan yang tidak dapat dijawab
3. Setelah menjawab semua soalan,kembali kepada soalan-soalan yang dibulatkan itu.
4. Jika anda masih tidak dapat menjawabnya, teka dengan bijak jawapan yang paling mungkin sekali.
5. Jangan tinggalkan sebarang soalan tanpa dijawab . Markah tidak akan dipotong bagi jawapan yang salah.
6. Setelah mendapat jawapan bagi setiap soalan ,terus hitamkan pada kertas jawapan.
7. Pastikan jawapan yang dihitamkan sepadan dengan jawapan dipilih dalam kertas soalan dan nombor soalan
8. Semak semula jawapan yang dihitamkan dengan baik sebelum dihantar .
E. CONTOH SOALAN OBJEKTIF
A. Aneka Pelengkap
1. Faktor yang membezakan usahawan dengan peniaga ialah usahawan berusaha
A. untuk mencari untung
B. meningkatkan taraf hidup
C. memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat
D. mengatasi pesaing-pesaing dalam perniagaan
B. Aneka Pilihan
2. Mengapakah peniaga milikan tunggal lebih cenderung untuk menukarkan perniagaannya kepada perkongsian?
I. mengurangkan persaingan
II. mendapatkan lebih banyak modal
III. mengurangkan risiko kerugian
IV. menambahkan kemahiran dan pengetahuan perniagaan
A. I,II dan III
B. II,III dan IV
C. I,II dan IV
D. I,III dan IV
(Untuk menjawab soalan objektif, gariskan kehendak soalan dan kata kunci yang berada dalam jawapan. Dalam soalan di atas, Jika sukar untuk mencari jawapan tepat. maka tolak dahulu jawapan yang paling tidak tepat. Akhir sekali, jika terdapat 2 jawapan yang sukar dibezakan. Pilihlah yang anda rasa paling tepat dan kebarangkalian jawapan anda betul lebih tinggi.)
TEKNIK MENJAWAB SOALAN PERDAGANGAN : KERTAS 2 (SOALAN ESEI) 3755/2
1) PERUNTUKKAN MASA
* Anda mempunyai masa 2 jam untuk menjawab empat soalan esei.
* Ini bermakna anda hanya mempunyai masa 30 minit untuk menjawab setiap soalan.
* Anda mesti memperuntukkan jumlah masa yang sama untuk setiap soalan.
* Anda dinasihatkan bermula menjawab soalan yang lebih senang dahulu dan diikuti dengan soalan yang lebih susah kemudian.
* Jangan mengambil terlalu banyak masa untuk menjawab sesuatu soalan yang tertentu sehingga tidak sempat menjawab soalan-soalan yang lain.
* Sekiranya anda mengambil masa lebih dari 30 minit untuk menjawab sesuatu soalan, anda mesti tinggalkannya dan terus kepada soalan yang lain.
* Anda boleh kembali semula kepada soalan tersebut jika masih ada masa selepas menjawab semua soalan-soalan yang lain
* Peruntukkan sedikit masa untuk menyemak jawapan anda
* Jangan menjawab kurang daripada jumlah soalan yang dikehendaki kerana anda akan kehilangan markah.
* Katakan jika anda hanya menjawab sebanyak tiga daripada empat soalan yang dikehendaki, anda akan kehilangan sebanyak 25% daripada jumlah keseluruhan markah esei dan 15% markah keseluruhan. jangan tinggalkan mana-mana soalan tanpa dijawab, tulislah apa-apa yang diingati tentang perkara yang berkaitan.
2. PEMILIHAN SOALAN
* Dalam kertas ini, anda boleh memilih mana-mana tiga soalan daripada bahagian A dan
wajib menjawab soalan bahagian B (Kajian Kes).
* Sebelum memilih soalan, anda mesti membaca semua soalan dengan teliti dan menggariskan perkataan-perkataan yang penting.
* Semasa memilih soalan,pilih soalan yang anda boleh menjawab denga baik dan dapat memberikan fakta yang banyak.
* Anda mesti berhati-hati semasa memilih soalan supaya tidak memilih soalan yang salah.
* Pemilihan soalan yang salah akan membuang masa anda untuk mencuba soalan yang lain.
* Jika anda telah menjawab 4 soalan dan ada jawapan yang tidak memuaskan atau terlalu sedikit yang anda tahu, maka jika ada masa lagi cubalah jawab soalan lain bermakna
anda boleh menjawab lebih daripada 4 soalan. Ini sebagai alternatif bagi jawapan yang anda
rasa tak memuaskan tadi.
Ingat! Semua jawapan akan diperiksa maka pemeriksa akan memilih 4 jawapan anda yang
terbaik.
3. PANDUAN MENJAWAB SOALAN
1. Untuk menjawab soalan dalam kertas ini, anda dikehendaki memberikan jawapan panjang berbentuk esei
2. Jumlah perkataan bagi setiap esei ialah kira-kira 300 -400 patah perkataan (secara purata) atau 1 1/2 – 2 muka surat. (Ini hanya gambaran jawapan yang ideal, tak perlu kira patah perkataan)
3. Jawapan yang dikemukakan hendaklah selaras dengan jumlah markah yang diperuntukkan.Anda harus ingat markah diberikan bagi fakta-fakta yang dikemukakan dan bukan berdasarkan panjang sesuatu esei.
4. Anda mesti merancangkan jawapan anda dengan baik dan menjawab mengikut kehendak soalan.
5. Bahasa yang digunakan mestilah baik, jelas dan mudah difahami.
6. Anda dinasihatkan memperuntukan sebanyak 5 minit untuk merangka jawapan. Semua fakta-fakta penting yang berkaitan dengan soalan mesti disenaraikan di dalam rangka jawapan 7. Rangka jawapan membantu anda mempersembahkan jawapan dengan fakta-fakta yang cukup dan mengikut susunan yang rapi.
8. Jangan menerangkan sesuatu fakta dengan panjang lebar sehingga mengabaikan fakta-fakta yang lain.
9. Semasa menulis jawapan, anda mesti menghuraikan setiap fakta tersebut dengan baik, jelas dan tepat.
10.Setiap soalan esei mesti dibahagi kepada beberapa perenggan. Mulakan setiap fakta dengan perenggan yang baru. Jika terdapat 8 fakta maka jelaskan dalam 8 perenggan.
Ringkasnya: SATU PERENGGAN => {SATU FAKTA,HURAIAN,CONTOH}
11.Sebaik-sebaik setiap fakta / perenggan diberikan nombor,manakala fakta utamanya dijadikan sub-tajuk atau kepala sesuatu perenggan dan digariskan
12.Setiap fakta / perenggan seharusnya diselangi dengan satu baris kosong antara satu perenggan dengan perenggan yang lain.
13.Bagi memulakan jawapan baru bagi soalan berikutnya, gunakan kertas jawapan baru. Elakkan menyambung jawapan anda di bawah jawapan soalan lain.
14.Jawapan yang baik adalah jawapan yang mempunyai banyak fakta,penerangan yang jelas, contoh yang konkrit dan perenggan yang bersesuaian dengan markah.
15.Untuk soalan perbezaan ,tunjukkan dengan jelas dengan bentuk jadual ‘T’. Bezakan berdasarkan perkara yang sama.Untuk persamaan, tidak perlu jadual ‘T’.
16. Jawapan tidak perlu pendahuluan atau penutup. Terus kepada menjawab mengikut kehendak soalan.
17. Bagi soalan kajian kes masukkan nama individu yang terlibat dalam kajian kes tersebut.
4. BENTUK-BENTUK SOALAN ESEI
1. Pengetahuan / fakta / terangkan
2. Buat nota ringkas
3. Perbezaan / Persamaan
4. Kajian kes
5. Kebaikan dan Keburukan
6. Fungsi / Peranan /Perkhidmatan
5. KEHENDAK SOALAN
Kehendak soalan merupakan idea utama dalam bentuk perkataan dan rangkai kata dan mesti diberikan perhatian.Perkataan dan rangkai kata penting dalam sesuatu soalan. Beberapa perkataan dan maknanya telah diberikan dalam jadual di bawah.
a.Terangkan / Jelaskan Memerlukan anda menerangkan sesuatu. Tujuannya ialah supaya pembaca mengerti atau faham tentang perkara yang diterangkan atau dijelaskan
Contohnya: “Insurans memerlukan kepentingan yang boleh diinsuranskan”.
Terangkan pernyataan ini dari segi insurans kebakaran
b. Huraikan Bererti memberitahu segala yang anda tahu supaya pembaca boleh menggambarkan dengan jelas perkara yang dihuraikan .
Contohnya: Huraikan prosedur menubuhkan sebuah syarikat umum berhad
c. Bincangkan / Beri ulasan Mengkehendaki anda mempertmbangkan tajuk yang hendak dibincangkan dengan teliti dan melihat dari pelbagai sudut. Memerlukan pemikiran yang lebih mendalam tentang perkara yang dibincangkan.
Contohnya: Usahawan adalah seorang peniaga tetapi peniaga tidak semestinya usahawan. Bincangkan.
d. Berikan / Namakan Senaraikan Memerlukan anda memberikan fakta. Tidak memerlukan penjelasan yang lebih lanjut
Contohnya: Berikan sebab-sebab cek tak layan
e.Takrifkan Menerangkan makna sesuatu konsep dengan tepat dan teliti.
Contohnya: Takrifkan pengkhususan
f. Nyatakan Mengkehendaki anda menyatakan sesuatu perkara atau menjelaskan dengan teliti Contohnya: Nyatakan peranan yang dimainkan oleh bank pusat
g.Bezakan Memberikan perbezaan di antara dua perkara
Contohnya: Bezakan di antara perniagaan luar negeri dengan perniagaan dalam negeri
h. Buat Perbandingan Mengkehendaki anda membandingkan dua atau lebih perkara untuk mencari perbezaannya
Contohnya: Buat Perbandingan di antara pengangkutan jalan raya dan pengangkutan kereta api
i.Tuliskan nota-nota ringkas Memerlukan anda menulis fakta-fakta yang paling penting tentang sesuatu perkara dengan ringkas dan jelas
Contohnya: Tuliskan nota-nota ringkas bagi empat perkara dibawah:
a. Cek Kembara
b. Invios Pro-forma
c. Poslaju
d. Kontenarisasi
j. Bagaimana / Dengan cara apakah Memerlukan anda membentangkan cara-cara melakukan sesuatu
Contohnya: Bagaimanakah perniagaan pesanan mel dijalankan
k. Mengapakah / Apakah sebab-sebab Memerlukan anda memberikan alasan satu demi satu untuk menerangkan sesuatu
Contohnya: Mengapakah pengguna memerlukan perlindungan?
l. Apakah / Apakah yang dimaksudkan Menjelaskan sesuatu perkara dengan tepat dan ringkas dalam satu atau dua perenggan sahaja
Contohnya: Apakah cek kosong?
JANGAN SIA-SIA MASA YANG TERLUANG DENGAN TIDUR.MANFAAT MASA 2 JAM TERSEBUT SEBAIK MUNGKIN.
BEBERAPA KELEMAHAN JAWAPANPERDAGANGAN KERTAS 2
1. Gagal memahami kehendak soalan, terutama soalan-soalan yang berbentuk kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Kehendak soalan tidak jelas di mana pelajar diminta untuk mencari sendiri kehendak soalan dripada petikan atau ransangan yang diberikan. Dalam hal ini. calon perlu memastikan kehendak terlebih dahulu supaya tidak tersalah tafsir dan terpesong. Hanya dengan kefahaman mendalam tentang tajuk tersebut membolehkan calon menjawab soalan tersebut.
2. Calon tidak mempersembahkan jawapan mengikut peruntukan markah yang ditetapkan. Jawapan kekurang fakta. Misalnya,15 markah diperuntukkan untuk satu soalan. Maka, 5 isi diperlukan (5 x 3 =15 m) sedangkan pelajar jawab kurang daripada sepatutnya. Terdapat calon menjawab terlalu panjang sampai 2 muka surat untuk markah yang kecil .Misalnya 8 markah.Pelajar perlulah memastikan berapa isi bagi markah yang diperuntukkan.(Misalnya;8m=4isi x 2m atau 16m=4isi x 4m)
3. Calon tidak merancang masa mengikut peruntukan markah. Misalnya, pelajar menjawab dengan panjang lebar bagi markah sedikit dan menjawab dengan ringkas bagi jawapan panjang.
4. Kurang mahir mengaitkan satu konsep dengan satu konsep yang lain. Ramai pelajar tidak dapat mengaitkan satu konsep dengan konsep yang lain. Padahal pelajar tahu kedua-dua konsep tersebut Contoh. SPM1999- Terangkan bagaimana keperluan dan kehendak mewujudkan aktiviti perdagangan.
5. Tidak merangka jawapan terlebih dahulu. Ini menyebabkan fakta diulang-ulang beberapa kali.Fakta tidak tersusun dan mengelirukan. Oleh itu Calon perlu membaut rangka jawapan dalam tempoh 3 -5 minti supaya jawapan tersusun dan tidak berulang-ulang atau terlupa untuk dihuraikan.
6. Jawapan yang tidak teratur,tidak tersusun,tidak jelas dan tulisan sukar dibaca. Terdapat jawapan di’rojak’kan semua dalam satu perenggan, tonggang langgang, dan sukar difahami
TEKNIK SKOR CEMERLANG PERDAGANGAN A1
1. Kuasai bab-bab penting
- Mahirkan semua tajuk-tajuk dalam sesuatu bab yang penting.Jadikan anda pakar dalam bab-bab tersebut.Maknanya,apa sahaja soalan dari bab-bab berkenaan,anda boleh jawab. – Selepas anda menguasai sesuatu bab, uji kefahaman anda dengan mengumpulkan semua soalan dari bab tesebut dan cuba jawab.Kumpulkan soalan-soalan SPM tahun-tahun lepas untuk menbiasakan diri dengan soalan-soalan SPM.
2. Beri penekanan pada tajuk-tajuk yang penting dan dah lama tak keluar – Bagi bab-bab lain, tumpukan kepada tajuk-tajuk yang sering keluar atau lama tak keluar. – contohnya: Dokumen dalam negeri atau pemasaran
3. Buat nota ringkas bagi nota yang diberikan guru atau dari buku rujukan – Buat nota poket atau peta minda,yang mudah dibawa ke sana-sini – Nota ini penting menjelang peperiksaan untuk dibaca sepintas lalu – Pembacaan buku rujukan atau nota panjang pada saat akhir,hanya membuatkan anda panik malah boleh menghilangkan memori anda tentang sesuatu perkara.
4. Belajar secara berkumpulan – ini untuk mengelakkan boring belajar sendiri atau sering tertidur – apa yang anda boleh buat:- 1. Buat nota ringkas atau bandingkan nota ringkas anda dengan kawan-kawan 2. Buat kuiz dan latih tubi Timbulkan persaingan antara satu sama lain.
3. Kumpulkan soalan-soalan ikut bab dan cuba jawap .Bandingkan jawapan anda dengan kawan-kawan anda.
KENAPA MESTI SKOR CEMERLANG DALAM MATAPELAJARAN PERDAGANGAN
1. Untuk memperbanyakkan bilangan A..terutama A1.
2. Menepati syarat kemasukan ke Matrikulasi Ekonomi/Pengurusan
Mengikut syarat-syarat kemasukan ke IPTA dalam buku panduan UPU , antara mata pelajaran yang diambil kira ke matrikuslasi ialah matapelajaran Perdagangan. Anda mesti skor A1,A2 atau C3. (Juga mesti kredit dengan baik dalam Matematik dan Bahasa Inggeris)
3. Asas pemilihan pelajaran subjek Pengurusan Perniagaan STPM
Bagi pelajar yang ke Tingkatan 6, mata pelajaran perdagangan membolehkan mereka memilih subjek Pengurusan Perniagaan STPM.
7. BAB-BAB PENTING.
1. Bab 1 & Bab 2 ( Bergilir setiap tahun atau disoal bersama).
2. Bab 3 & Bab 4 ( Bergilir setiap tahun atau disoal bersama).
3. Bab 7 – Perniagaan Luar Negeri.
4. Bab 9 – Bank dan Institusi Kewangan.
5. Bab 10 – Insurans.
6. Bab 11 – Promosi.
7. Bab 12 – Pengangkutan.
8. Bab 15 – Keusahawanan.
9. Bab 16 – Pelaburan.
Sukatan Matapelajaran Perdagangan Tingkatan 4
BAB 1
Asas Kepada Perdagangan
1.1 Keperluan dan Kehendak Manusia
1.2 Pengeluaran
1.3 Faktor-faktor Pengeluaran
1.4 Pengkhususan
1.5 Sistem Barter
BAB 2 Unsur Perdagangan
2.1 Maksud Perdagangan
BAB 3 Perniagaan Dalam Negeri
3.1 Perniagaan Dalam Negeri
3.2 Saluran Agihan
3.3 Perniagaan runcit
3.4 Perniagaan Borong
3.5 Dokumen Perniagaan dalam negeri
3.6 Kaedah Jualan
BAB 4 Perniagaan Antarabangsa
4.1 Perniagaan Antarabanga
4.2 Perniagaan Import, ekspot dan entrepot
4.3 Dokumen perniagaan antarabangsa
BAB 5 Industri Kecil dan Sederhana
5.1 Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
BAB 6 Pemilikan Perniagaan
6.1 Memulakan Perniagaan
6.2 Jenis Pemilikan Perniagaan
6.3 Penswastaan
BAB 7 Pelaburan
7.1 Pelaburan
7.2 Jenis Pelaburan
7.3 Panduan Am Melabur
Sukatan Matapelajaran Tingkatan 5
BAB 1 Perbankan Dan Institusi Kewangan Lain
1.1 Sistem Perbankan
1.2 Jenis-Jenis bank
1.3 Perkhidmatan Bank Perdagangan
1.4 Cek
1.5 Institusi Kewangan Lain
BAB 2 Insurans
2.1 Konsep insurans
2.2 Prinsip-prinsip Insurans
2.3 Jenis Insurans
2.4 Takaful
2.5 Belian Polisi dan tuntutan Ganti rugi
BAB 3 Pengangkutan
3.1 Peranan Pengangkutan
3.2 Jenis Pengangkutan
3.3 Pengkontenaan
3.4 Pemilihan Jenis Pengangkutan
BAB 4 Komuniskasi
4.1 Peranan Komunikasi dan Perkhidmatan
BAB 5 Pergudangan
5.1 Peranan dan ciri-ciri gudang
5.2 Jenis-jenis Gudang
BAB 6 Promosi
6.1 Peranan Promosi
6.2 Jenis Promosi
6.3 Media Pengiklanan
6.4 Pemilihan Media Pengiklanan
BAB 7 Peranan Kerajaan Dalam Perniagaan
7.1 Peranan Kerajaan Dalam Perniagaan
BAB 8 Konsumerisme
8.1 Konsumerisme
8.2 Perlindungan Pengguna
PENEKANAN KEPADA TAJUK-TAJUK INI HANYA DIBUAT SETELAH SEMUA BAB TELAH DIFAHAMI DAN DIULANGKAJI. PENEKANAN HANYA UNTUK MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG. UNTUK LEBIH SELAMAT, BAB-BAB PENTING MESTI DIBACA KESELURUHANNYA
SEMOGA ANDA BERJAYA DENGAN CEMERLANG DALAM SPM KEJAYAAN ANDA MATLAMAT KAMI………

VIDEOS


Iklan Kasut Roda



Iklan secara simbolik. 
Walaupun iklan ini tiada kaitan dengan produk 
syarikat tersebut ia akan menarik perhatian pelanggan


Iklan Promosi Buku

BAB 6


Bab 6
Promosi
      1.  Maksud Promosi
-          satu proses memberitahu , memujuk dan mempengaruhi pelanggan
-          menyedarkan pengguna tentang barangan
-          menjadikan pengguna setia kepada barangan yang ditawarkan
2.  Peranan Promosi
-          Menyampaikan maklumat
memberitahu kewujudan barang dipasaran
maklumat spesifikasi barang, kegunaan, harga dan pengeluar
-          Mewujudkan pasaran baru
menyedarkan pengguna tentang barang baru
menarik minat membeli dan mengguna
-          Mengekalkan pasaran sedia ada
mengingatkan pengguna kepada jenama
mewujudkan pengguna setia
-          Meningkatkan dan meluaskan pasaran
membantu penyebaran maklumat kepada lebih ramai pengguna
menggunakan media yang liputan siarannya luas
-          Memujuk dan mempengaruhi pembeli
menggunakan aktiviti dan teknik promosi yang menarik
-          Memantapkan imej barang dan syarikat
barang menjadi lebih popular dan mendapat perhatian kerana dikaitkan dengan imej pengguna
-          Mengatasi pesaing
mengelakkan pengguna sedia ada dan baru mudah lupa dan beralih menggunakan barangan pesaing
3.  Promosi dalam Pemasaran.
-    Strategi Pemasaran
  • Sasaran pasaran – kumpulan pengguna yang cuba dipengaruhi
  • Campuran pemasaran   – gabungan unsur penting pemasaran
-   Produk   – menghasilkan barang berorientasi pengguna
menepati cita rasa, keperluan dan kehendak
pengguna
-   Harga   -  disesuaikan mengikut keadaan pelanggan,
persaingan, kos pengeluaran dan keuntungan
yang ingin diperolehi
-   Agihan – Mestilah tepat pada masa , tempat , dan harga yang sanggup dibayar oleh pengguna
-   Promosi  – ditumpukan kepada kumpulan sasaran
menyedarkan pengguna tentang kewujudan
barang menyampaikan maklumat, menarik
perhatian, meyakinkan dan mempengaruhi
pengguna
4.  Jenis Promosi.
-          Pengiklanan
·         Memperkenalkan barangan baru
·         Mengingati sesuatu barangan
·         Mengekalkan pasaran barangan
·         Barangan lebih popular
·         Imej yang lebih baik
·         Mempengaruhi, memberitahu dan memujuk pengguna
·         Mendapatkan maklumat sesuatu barangan
Iklan berkesan mempunyai unsur pujukan menjadi gaya tarikan yang dirancang dalam sesuatu mesej iklan.
3 jenis gaya tarikan iklan
  • Pujukan Rasioal
-  Mengaitkan sesuatu pembelian dengan
kepentingan peribadi pembeli.
-  Pembelian barang dikatakan lebih
berfaedah, berkualiti, bernilai,
kesihatan, penjimatan
  • Pujukan emosi
-  Menimbulkan perasaan positif supaya
orang ramai terdorong membeli.
-  Mesej iklan ada unsur rasa kasih
sayang, takut, malu, bangga, gembira,
mengikis perasaan bimbang
  • Pujukan moral
-  Sikap orang ramai tentang perkara yang benar dan lebih wajar dilakukan.
-  Mesej iklan tentang kebersihan alam sekitar, perpaduan, persamaan hak, amalan tolong-menolong
Jenis Iklan
  • Iklan penerangan
-   memperkenal jenama baru dipasaran
-   ada maklumat harga, kegunaan, cara guna,
keistimewaan barangan
-   elak keraguan pengguna
  • Iklan memujuk
-   persaingan sesuatu barangan semakin
hebat di pasaran
-   bentuk keyakinan pengguna
-   terang kelebihan jenama, bandingkan
dengan jenama lain
-   menjadi iklan bertanding
  • Iklan mengingat
-    pengguna sentiasa mengingat sesuatu
jenama
-    disiarkan berulang-ulang
-    barangan telah lama di pasaran
Promosi Jualan
·         cara galakan jualan bagi tempoh yang singkat
·         bantu tarik pelanggan baru
·         galakkan pengguna membeli
·         barangan dikenali, kekal dan atasi pesaing
  • Promosi Pengguna
-   mendorong pengguna membeli
-   pengguna ditawarkan sample percuma, kupon
hadiah, potongan harga, pertandingan
  • Promosi pengedar
-   pemberian insentif kepada pemborong dan
peruncit supaya menambah pengedaran dan
jualan
-   pengedar ditawarkan diskaun, barang
percuma, hadiah wang, pertandingan jualan
  • Promosi jualan
-   galakkan jurujual menjual secara lebih
berkesan
-   insentif diberi – bonus, komisen, peraduan
-   tempoh promosi jangka masa pendek
Jualan Terus
·         kaedah promosi sesuatu barangan secara peribadi
·         melalui jurujual
·         caranya – system parti, pergi dari rumah ke rumah
·         wakil syarikat menerangkan, memujuk, meyakinkan pengguna
·         jurujual diberi komisen, diakaun
·         jurujual dan pengguna berkomunikasi dua hala
·         pengguna Dapat layanan peribadi
·         jurujual Sesuaikan cara penyampaian maklumat, teknik memujuk
·         jurujual tahu reaksi pengguna
Publisiti
·         Penyebaran maklumat menerusi media secara percuma
·         Bayaran siaran ditanggung oleh syarikat media
·         Pengeluar tidak tanggung kos penyiaran
·         Tujuan beritahu barangan baru, keistimewaan
·         Maklumat dikawal syarikat media
·         Kelebihan – Jimatkan kos promosi, lebih diyakini, liputan lebih luas, jalin   hubungan baik dengan orang ramai
·         Kelemahan – berita terhad, maklumat tak jelas, kritikan media, masa siaran tidak sesuai, sukar dirancang
Media Pengiklanan

  1. Media bercetak
-          Surat khabar dan majalah
-          Katalog dan risalah
-          Poster dan sepanduk
-          Kalendar dan diari
-          Kad perniagaan
-          Halaman kuning
  1. Media elektronik
-          Internet
-          Televisyen
-          Radio
-          Pawagam
-          Lampu neon
-          Skrin besar
  1. Media lain
-          Peragaan tingkap
-          Papan tanda
-          Belon udara
-          Ekspo , pertunjukan , dan pameran
-          Sampel , cenderamata dan hadiah
Faktor-faktor mempengaruhi pemilihan media pengiklanan

  1. kos iklan
  2. tujuan iklan
  3. sasaran pengguna
  4. saiz perniagaan
  5. liputan pasaran
  6. jenis dan sifat barang
  7. dasar kerajaan