Mengenai MATRADE
Visi
Menempatkan Malaysia sebagai Negara Perdagangan Global yang Kompetitif
Misi
Mempromosikan Enterpris Malaysia ke Pasaran Dunia
Misi MATRADE adalah untuk membangun dan menggalakkan eksport Malaysia ke dunia dan fungsi-fungsinya adalah:
- Untuk mempromosi, membantu dan membangunkan perdagangan luar
Malaysia dengan memberi penekanan ke atas eksport produk perkilangan dan
separa kilang serta menjalankan import secara terpilih;
- Untuk merangka dan melaksanakan satu strategi pemasaran eksport
negara bagi menggalakkan eksport produk terkilang dan separa kilang;
- Untuk menjalankan perisikan komersial dan penyelidikan pasaran serta
mewujudkan satu pangkalan data maklumat yang komprehensif bagi
peningkatan dan pembangunan perdagangan;
- Untuk mengelolakan program-program latihan bagi meningkatkan kemahiran pengeksport Malaysia dalam pemasaran antarabangsa;
- Untuk meningkatkan dan melindungi kepentingan-kepentingan perdagangan antarabangsa Malaysia di luar negara;
- Untuk mewakili Malaysia di mana-mana forum antarabangsa yang berkaitan dengan perdagangan;
- Untuk membangun, mempromosi, memudahkan dan membantu dalam perkhidmatan yang berkaitan dengan perdagangan; dan
- Untuk menasihati Kerajaan tentang perkara-perkara yang mempengaruhi
atau sebarang cara yang berkaitan dengan perdagangan dan bertindak
sebagai ejen kepada Kerajaan atau seseorang individu, badan atau
organisasi mengenai perkara tersebut.
Objektif
Objektif-objektif MATRADE adalah:
- Untuk menaikkan profil pengeksport Malaysia di pasaran luar negara;
- Untuk menyebarkan maklumat dan risikan pasaran yang terkini dan
relevan supaya syarikat-syarikat Malaysia mampu bersaing dalam pasaran
asing;
- Untuk memperkenalkan syarikat-syarikat Malaysia kepada pengimport asing yang mencari pembekal dari Malaysia; dan
- Untuk menjalankan aktiviti-aktiviti mempromosi barangan eksport dan perkhidmatan Malaysia ke pasaran luar negara.
MATRADE juga terlibat secara aktif dalam membantu syarikat-syarikat
asing untuk menemukan dengan pembekal produk dan perkhidmatan Malaysia,
yang diwakili melalui 40 pejabat perdagangan di seluruh dunia yang
terletak di bandar-bandar komersil utama. Di Malaysia, MATRADE mempunyai
lima cawangan tempatan iaitu di Pulau Pinang, Terengganu, Johor, Sabah
dan Sarawak.
terima kasihh :}
BalasPadamPembantu peruhubungan perusahaan s19 ka pegawai bertugas d matrade?
BalasPadam